Free Grab Delivery & Lalamove for order above RM1000! (For Klang Valley customer)
4 Tips Videografi Untuk Beginner

Pada zaman teknologi ini, pengguna lebih memilih untuk menonton video berbanding membaca sesuatu deskripsi. Ini kerana, keunikan sesuatu video itu mampu menarik perhatian penonton lebih pantas berbanding membaca sesebuah artikel. Untuk menghasilkan sebuah video yang menarik, ikuti tips-tips berikut! 

 

  1. Rakam secara melintang 

Ramai yang mengetahui tips ini namun tidak terfikir bahawa merakam secara melintang mampu menjadikan sesebuah video itu tampak lebih menarik. Tetapan video secara melintang juga mampu memberikan pandangan lebih jelas dan formal beserta sudut yang lebih luas. 

 

  1. Senaraikan shot-shot yang akan diambil 

Sebelum memulakan proses rakaman, senaraikan shot ataupun sudut rakaman yang anda akan rakam untuk memudahkan kerja dan garisan kerangka kerja anda. Senarai itu juga mungkin boleh merangkumi posisi objek anda sama ada pada shot tersebut arah mana objek anda bergerak ataupun still-shot (tidak bergerak). Namun perlu diingat, telalu banyak pergerakan juga mampu mempengaruhi kualiti sesuatu penghasilan video. 

Semasa merakam video, pastikan untuk merakam lebih footage daripada yang diperlukan. Ini memudahkan proses menyunting sekiranya terdapat footage yang rosak dan tidak boleh digunakan. Hal ini kerana, terdapat kemungkinan untuk satu-satu footage itu tidak dapat digunakan yang berpunca daripada tetapan yang salah, tiada audio dan banyak lagi kemungkinan. 

 

  1. Gunakan tripod

Pernahkan anda menonton filem seram yang mengaplikasikan teknik ‘shaky camera’? Teknik tersebut mungkin kelihatan menarik dalam filem seram, namun tidak dalam penghasilan video yang lain. Untuk mendapatkan rakaman yang stabil, gunakan tripod untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Jika anda bercadang untuk merakam pergerakan, bina satu dolly untuk memudahkan kerja anda. Dolly adalah platform beroda kecil yang digunakan untuk memegang kamera semasa merakam pergerakan. Jurukamera profesional kebiasaannya memiliki dolly yang agak mahal, tetapi bergantung pada lokasi anda, anda juga boleh mencipta dolly tersendiri untuk mendapatkan kesan yang sama, contohnya dengan menggunakan papan selaju ataupun skateboard. 

 

  1. Menyunting rakaman anda 

Semasa menyunting rakaman, pastikan anda menyunting babak yang betul dan objek berada di tempat yang betul. Semasa menyunting, sentiasa berfikiran terbuka dan bersikap inovatif kerana hasil yang baik tidak datang dengan mudah. Anda juga digalakkan untuk memilih footage yang betul untuk digunakan dalam video. Pemilihan footage yang betul juga dapat mempengaruhi kualiti sesuatu video. 

Untuk menghasilkan video, tiada langkah-langkah terperinci yang wajib anda ikuti kerana penghasilan video tertakluk kepada kreativiti masing-masing untuk mengolah. Namun, dengan mengikuti tips yang disediakan ini mampu memberikan hasil yang lebih baik dalam penghasilan video. Selamat mencuba!