
Alat apa yang anda perlukan dan berapa modal? Berikut adalah senarai yang anda perlu:
1. Kamera atau Smartphone
Pertama, untuk menjadi YouTuber, korang mesti mempunyai kamera atau smartphone. Sebenarnya, korang tak memerlukan sesuatu yang terlalu mahal selagi korang dapat menggunakannya dengan betul. Terdapat pelbagai jenis kamera, dari DSLR hingga GoPro.
Untuk pemula, kamera tidak semestinya terlalu mahal. Korang boleh juga menggunakan smartphone yang korang gunakan sekarang.
2. Tripod/Monopod
Korang mesti biasa dengan tripod atau monopod. Yes, di dunia youtube, alat ini sangat penting untuk menjaga kestabilan kamera. Supaya video yang korang rakam stabil. Untuk harga tripod atau monopod korang boleh dapat dengan harga bajet yang korang ada serendah RM10.00
3. Microphone
Alat ini memainkan peranan penting untuk YouTuber, supaya suara korang jelas. Walaupun kamera sudah mempunyai mikrofon, tapi lebih baik jika korang mempunyai mikrofon luaran.
Terdapat beberapa jenis mikrofon yang sering digunakan oleh YouTuber seperti shotgun microphone kerana mereka dapat menangkap dengan sangat baik, dan lavalier microphone lebih sesuai untuk anda yang banyak bergerak.
4. Lighting
Supaya pencahayaan video menjadi lebih baik, pencahayaan adalah salah satu alat yang diperlukan oleh YouTuber. Sebabnya, tanpa pencahayaan, kamera berkualiti tinggi pon tak akan dapat menangkap gambar dengan optimum.
5. Laptop/Pc
Setelah video selesai dirakam, sudah tiba masanya untuk korang edit! Itulah sebabnya anda memerlukan laptop atau pc untuk mengedit video yang dirakam. Selain laptop atau pc, korang boleh juga edit menggunakan phone korang. Pastikan phone korang tak hang/lag time edit.