Free Grab Delivery & Lalamove for order above RM1000! (For Klang Valley customer)
Cara Rakam Gaya Sinematik Menggunakan Smartphone Anda

Kita sering terpegun apabila melihat hasil video daripada youtuber dan juruvideo terkemuka yang menarik dan mampu menarik banyak views dalam masa yang singkat.Sebenarnya, kemahiran merakam video ini boleh kita pelajari kerana langkah-langkah dan cara-caranya agak mudah untuk dipelajari dan dipraktikkan dengan hanya menggunakan smartphone sendiri sahaja.  

Namun, untuk mencapai hasil video sinematik setanding dengan tahap juruvideo professional memerlukan latihan dan pemahaman yang mendalam dan ini akan mengambil masa. Bak kata pepatah, practice makes perfect. 

Untuk merakam dengan gaya sinematik, pertama sekali kita harus menukar tetapan rakaman video biasa kepada mod slow-motion. Merakam video anda dengan fungsi slow-mo mampu memberikan satu gambaran dan kesan kepada yang penonton. Rakaman slow-mo ini mampu menghasilkan video yang menarik sekiranya digabungkan dengan rakaman yang mempunyai perbezaan kelajuan dalam satu video. 

 

Selain itu, semasa proses rakaman dilakukan, perhatikan sekeliling terutamanya di tempat yang anda akan berjalan semasa rakaman dilakukan supaya video tidak bergegar dan akan menyebabkan efek sinematik itu hilang. Untuk mendapatkan hasil rakaman yang lebih lancar, penggunaan gimbal stabilizer untuk telefon pintar amat digalakkan. Gimbal stabilizer adalah adalah alatan yang dicipta untuk menahan kamera dengan cara mengimbangi pergerakan kamera agar rakaman video tampak lebih lancar dan mengelak gerakan yang tidak diingini. Antara stabilizer mampu milik adalah Godox ZP1 yang berharga serendah RM 368 dan Ulanzi F-Mount yang berharga dari serendah RM29 sahaja! 

 

Beli disini:

 

Ulanzi F-Mount 

Godox ZP1 

Selain itu, kita disarankan untuk menggunakan fungsi grid guide yang ada di video agar kedudukan objek berada di tempat yang kita inginkan. Fungsi grid guide ini berkait rapat dengan teknik rule of third yang digunakan oleh rata-rata jurufoto dan juruvideo agar kedudukan objek kelihatan lebih terletak. 

Untuk memberi kelainan dalam video, cuba untuk merakam objek daripada beberapa sudut yang berbeza untuk memberikan kelainan dalam pembuatan video. Pengambilan video daripada beberapa sudut yang berbeza akan memberikan penonton gambaran yang lebih jelas daripada pelbagai aspek. 

Untuk mendapatkan hasil rakaman sinematik, anda boleh cuba cara-cara yang telah diterangkan di atas. Hasil berlainan dan tiada panduan dan cara terperinci untuk menghasilkan video yang sinematik. Ia bergantung kepada kreativiti tersendiri. Selamat mencuba!