Free Grab Delivery & Lalamove for order above RM1000! (For Klang Valley customer)
Flash Terusan vs. Flash Pantulan

Untuk posting kali ini, kita akan berkongsi mengenai cahaya flash (flash) dalam penghasilan video mahupun fotografi. Dalam artikel ini, anda akan melalui beberapa fasa pembelajaran bermula daripada tiada flash digunakan pada kamera dan hanya menggunakan cahaya persekitaran sehingga ke memanipulasi lampu flash untuk menghasilkan cahaya yang lembut.

 

Flash Terusan (Direct Flash)

 

Flash Terusan akan memberi hasil yang sangat berbeza sekiranya teknik yang diaplikasikan adalah betul mengikut langkah-langkahnya. Amatur sering kali menghalakan flash ke arah hadapan kerana mereka ingin wajah model diisi dengan cahaya dalam persekitaran yang gelap dan model akan kelihatan menonjol.

Cahaya kelihatan keras walaupun ini adalah penambahbaikan daripada gambar cahaya persekitaran, namun ini bukanlah cara yang paling bagus untuk menggunakan flashlight pada kamera. Sekarang mari kita cuba lihat perbezaan sekiranya pengubah yang berbeza digunakan. Adakah dengan menggunakan pengubah ini cahaya dapat dilembutkan.

 

Flash Pantulan (Bounce Flash)

\

Untuk menggunakan kaedah flash pantulan, flash tidak akan dihalakan terus kepada subjek dan akan dipantulkan dengan menggunakan warna-warna neutral seperti putih atau kelabu. Sekiranya anda tidak mempunyai siling atau objek putih untuk digunakan, anda boleh menggunakan scrim untuk menghasilkan permukaan putih tersebut.

Pada yang mungkin tidak tahu apakah itu scrim, scrim adalah sejenis alatan yang digunakan dalam industri filem dan televisyen serta jurugambar untuk mengubah sifat sesuatu cahaya. Terdapat pelbagai jenis scrim dan ini semua bergantung kepada cara penggunaan anda sama ada scrim digunakan dengan cahaya semula jadi ataupun dengan cahaya buatan manusia.

Selain itu, anda juga dapat lihat bahawa kualiti dan arah cahaya bertambah lebih baik. Ini kerana tiada lagi cahaya keras yang menjadi titik tumpuan di wajah model dan bayangan di bawah dagu kelihatan lebih lembut dan jatuh secara semula jadi. Untuk memperbaikinya menjadi lebih baik, pindahkan lokasi scrim ke belakang sehingga cahaya dapat dilontarkan terus dengan pantulan.

Sekian sahaja perkongsian dalam artikel kali ini. Semoga info yang didapati dalam artikel ini bermanfaat untuk anda.