Free Grab Delivery & Lalamove for order above RM1000! (For Klang Valley customer)
Godox LC500R RGB LED Light Stick

Godox merupakan salah satu jenama yang agak terkenal menghasilkan peralatan studio khususnya alatan pencahayaan. Antara produk-produk jenama Godox yang boleh dikatakan laris di GS Studio Equipment ialah softbox, bowens mount, LED light dan juga LED Light Stick. LED Light stick ialah aksesori yang digunakan untuk mendapatkan hasil pencahayaan yang unik dan menarik. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai Godox LED Light Stick ini sebelum membelinya!

  1. Pencahayaan

Godox LED Stick Light ini mempunyai sudut pencahayaan 360 darjah dan suhu warna sebanyak 2500K ± 8500K. Selain boleh dimalapkan daripada 1% sehingga 100%, ia juga didatangkan bersama skrin LCD.

 

  1. Operasi jarak jauh

LED Light Stick ini menggunakan alat kawalan jauh untuk mengawalnya. Alat kawalan untuk produk Godox tersedia dan dijual berasingan mulai Mei 2021 di GS Studio Equipment. Manakala jarak optimum untuk menggunakan LED Light Stick tanpa wayar ini adalah 164’ ataupun 50m.

 

  1. Penggunaan Bateri

LED Light Stick ini boleh digunakan dengan kuasa penuh selama 90 minit dan jumlah durasi masa untuk pengecasan penuh pula hanya mengambil masa 2.5 jam sahaja.

Dengan adanya Godo LC500R LED Light Stick ini dalam koleksi gear fotografi anda, ia akan meningkatkan kreativiti anda dalam penggambaran foto ataupun video. Untuk pembelian, boleh klik disini