Free Grab Delivery & Lalamove for order above RM1000! (For Klang Valley customer)
Tips Menggunakan Mikrofon Dengan Betul

Harini kami akan berkongsi tips untuk menjadikan rakaman anda kedengaran lebih tajam dan bebas daripada sebarang bunyi bising asing (noise). Mungkin tips ini agak mudah, namun tidak ramai yang terfikir untuk mengaplikasikannya. Teruskan membaca!

 

  1. Bercakap jauh dari mikrofon

 

Antara kesilapan terbesar yang dilakukan sewaktu menggunakan mikrofon ialah bercakap terlalu jauh dari mikrofon. Sekiranya seseorang itu bercakap terlalu jauh dari mikrofon, ini akan menyebabkan audio lebih rentan terhadap bunyi bising di persekitaran mikrofon dan gema disamping menangkap bunyi nada keras.

Dekatkan diri anda dengan mikrofon dan turunkan nilai gain (tahap sensitivity mikrofon). Cara ini juga berfungsi dengan mikrofon dalaman (internal microphone) dengan gabungan beberapa teknik-teknik yang lain.

 

  1. Bercakap terlalu dekat dengan mikrofon

Daripada sudut lain, terlalu dekat dengan mikrofon juga akan mendatangkan hasil yang tidak bagus. Ini akan menyebabkan mikrofon menangkap bunyi pernafasan, suara mulut yang berlebihan dan muncul dari huruf seperti P dan T (panggilan plosif).

Jarak optimum dari mikrofon ke mulut anda ialah sekitar empat jari. Namun jarak optimum ini bergantung kepada jenis mikrofon yang anda gunakan.

 

  1. Bercakap melewati mikrofon

Mengarahkan mikrofon secara terus ke wajah anda akan menyebabkan plosive bunyian yang paling banyak kerana sepanjang kita bercakap, kita akan menghasilkan plosif kerana hembusan udara yang dibuat tanpa sedar semasa menyebut beberapa perkataan.

Pusingkan mikrofon di sekitar mulut anda supaya anda bercakap melewati mikrofon dan bukannya bercakap kepada mikrofon.

 

  1. Jangan sentuh mikrofon

Jangan sentuh mikrofon melainkan anda mempunyai boom pole dan penyerap kejutan (shock mount). Ini kerana dengan sebarang sentuhan pada mikrofon akan menyebabkan ledakan kuat dalam rakaman yang sedang berjalan. Jangan sekali-kali menyentuh mikrofon, pendiri mikrofon atau apa saja alatan yang bersambung dengan mikrofon semasa merakam.

 

  1. Elakkan bunyi berdekatan mikrofon

Apa sahaja perkara yang and lakukan berjauhan dari mikrofon adalah sama penting dengan di hadapan mikrofon. Oleh itu sekiranya anda berada berdekatan mikrofon, elakkan menghasilkan sebarang bunyi. Ini termasuk berbisik-bisik, menekan papan kekunci (keyboard) dengan kuat, menekan pen dan banyak lagi.

Sekian sahaja tips tentang penggunaan mikrofon daripada kami. Terima kasih kerana membaca!